SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKSYEN SRA INTEGRASI NEGERI SELANGOR.......

Monday, November 15, 2010

TEMUDUGA GURU DGA29 (KONTRAK)

Assalamualaikum Wrh, Wbt.

Dimaklumkan kepada semua guru SRAI yang memohon perjawatan guru DGA29 (kontrak), Insyaallah sesi temuduga untuk perjawatan tersebut akan diadakan di Unit Pengurusan Sumber Manusia (PSM) JAIS dan BPI JAIS pada 23 November 2010 bermula Jam 8.00 pagi.

Calon yang terlibat dalam temuduga tersebut, pada peringkat pertama ini adalah terdiri dari kalangan pemohon yang mempunyai Diploma Perguruan. Calon yang layak untuk temuduga peringkat pertama ini berjumlah 48 orang. Manakala calon yang mempunyai Diploma selain dari Diploma Perguruan akan dipanggil untuk temuduga peringkat yang kedua, iaitu setelah permohonan untuk kelonggaran syarat dari BPO, JPA diluluskan.

Untuk makluman juga, pemohon-pemohon yang terdiri dari kalangan yang mempunyai Ijazah sahaja, tanpa ada Diploma adalah tidak dapat dipertimbangkan.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

Penyelia SRAI

0 comments:

Post a Comment

Album Kenangan