SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKSYEN SRA INTEGRASI NEGERI SELANGOR.......

Wednesday, July 27, 2011

SYARAT KEMASUKAN TAHUN 1 SRAI

 GARIS PANDUAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1
SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI ( SRAI )
NEGERI SELANGOR


A- SYARAT KEMASUKAN MURID

TAHUN  1:

1.         Calon, Ibu dan bapa mestilah Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada calon, Ibu dan bapa kelahiran Negeri Selangor atau telah menetap lebih dari tujuh (7) tahun di Negeri Selangor (perlu dapatkan pengesahan).
2.         Berumur 7 tahun pada tahun kemasukan.
3.         Pemilihan kemasukan murid adalah berdasarkan kelayakan seperti berikut ;

a-     Mendaftar di sebuah SRA. Integrasi Negeri Selangor (SRAI) - Pendaftaran dibuka mulai 1 April – 30 April.
b-     Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI (UKS)
c-     Lulus dengan baik UKS.
d-     Memenuhi keperluan tempat yang ditawarkan di SRAI

4.         Calon yang berjaya dalam pemilihan akan ditawarkan melalui surat tawaran yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS, begitu juga murid yang tidak berjaya juga akan dimaklumkan melalui surat yang akan dihantar melalui sekolah.
5.         Tiada keutamaan akan diberikan kepada permohonan bagi kategori seperti berikut ;

5.1.    Calon yang rumahnya berdekatan dengan sekolah.
5.2.   Calon mempunyai adik beradik yang bersekolah di SRAI.
5.3.  Calon  memohon  untuk  bertukar  ke  sekolah  SRAI  yang  lain  setelah  mendapat tawaran bersekolah di salah sebuah sekolah SRAI.(Cth ; SRAI Sek. 19 bertukar ke SRAI Dato’ Mufti Yusoff Sahabuddin, Sek. 7).

6.         Bagi kes rayuan ; Rayuan hendaklah diajukan terus kepada pihak sekolah. Rayuan hanya akan dipertimbangkan berdasarkan kelulusan terbaik dan kekosongan tempat yang ditawarkan di setiap sekolah.

Nota ;                                                                                      
*      Tahap kelulusan adalah berdasarkan keputusan terbaik dan jumlah kekosongan tempat yang ditawarkan di setiap sekolah.


4 comments:

jika saya tinggal di putrajaya adakah layak saya memohon untuk anak saya...saya harap pihak encik/puan sudi menjawabnya-
email:loveannajueanna@gmail.com

Jika saya ini oku deaf kerana memohon utk anak kembar saya... harap encik/puan sudi jawab sms 0132067883 & 0132097883 dan e-mail yaniras83@gmail.com

Salam. Saya menjaga anak kawan (sebagai anak angkat) , bersekolah di SK Seksyen 19 dalam Darjah 2 (2014). Bagaimana caranya atau prosedur jika saya hendak memasukkan anak angkat saya itu ke sekolah SRAI seksyen 19 ini? Saya bekerja dan menetap di Shah Alam sejak 2003.

Salam, seawal umur berapa patut hantar borang layak menduduki peperiksaan tahun 1?

Post a Comment

Album Kenangan