SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKSYEN SRA INTEGRASI NEGERI SELANGOR.......

Wednesday, July 27, 2011

SYARAT PERTUKARAN MURID KE SRAI

GARIS PANDUAN PERTUKARAN MURID
SRA. INTEGRASI (SRAI) NEGERI SELANGOR


B- SYARAT PERTUKARAN MURID
  •    DI ANTARA SRAI
1.         Borang permohonan hanya sah untuk satu kali permohonan sahaja.
2.         Borang permohonan mestilah lengkap dan disertakan dengan semua salinan dokumen sokongan yang dikehendaki dan telah disahkan (boleh muat turun dari laman sesawang http://pendidikan.jais.gov.my ).
3.         Permohonan hanya akan diproses pada bulan Jun dan Dis setiap tahun.
4.         Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke ;

Bahagian Pendidikan Islam JAIS,
Tingkat 2, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2 Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,
40676 SHAH ALAM

5.         Kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di sekolah yang dipohon.


  •    DARI LUAR SRAI
 ( SEK. KEBANGSAAN & SEK. AGAMA NEGERI / SEK. AGAMA RAKYAT / SEK. AGAMA SWASTA )

1.         Borang permohonan hanya sah untuk satu kali permohonan sahaja.
2.         Calon, Ibu dan bapa mestilah Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada calon, Ibu dan bapa kelahiran Negeri Selangor atau telah menetap lebih dari tujuh (7) tahun di Negeri Selangor (perlu dapatkan pengesahan).
3.         Pemohon mestilah dari sekolah yang melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Agama yang sama sukatan pelajarannya dengan SRAI.
4.         Borang permohonan mestilah lengkap dan disertakan dengan semua salinan dokumen sokongan yang dikehendaki dan telah disahkan. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses. (Borang permohonan boleh boleh muat turun dari laman sesawang http://pendidikan.jais.gov.my ).
5.         Permohonan hanya akan diproses pada bulan Jun dan Disember setiap tahun dengan menyertakan salinan keputusan peperiksaan terakhir KBSR dan Agama. Permohonan pada bulan Jun hendaklah dihantar selewatnya pada 3 Jun, manakala permohonan pada bulan Disember hendaklah dihantar selewatnya pada 15 Disember. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.

6.         Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke ;

Bahagian Pendidikan Islam JAIS,
Tingkat 2, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2 Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,
40676 SHAH ALAM

7.         Kelulusan adalah tertakluk kepada pencapaian akademik dan kekosongan tempat di sekolah yang dipohon.
8.         Kelulusan minima bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun adalah sekurang-kurangnya mendapat pangkat B bagi mata pelajaran KBSR dan 75 % bagi mata pelajaran Agama.
9.         Permohonan pertukaran untuk Tahun 1 dan Tahun 6  adalah tidak dipertimbangkan.

Nota ;
·      Murid yang mendapat pangkat C, D dan E bagi mata pelajaran KBSR dan kurang dari 75 % bagi mata pelajaran KSRA adalah tidak dapat dipertimbangkan.
·      Murid dari sekolah swasta yang tidak sama sukatan pelajarannya tidak akan dipertimbangkan.
·      Permohonan yang dibuat pada bulan Januari (awal tahun) atau selain dari bulan Jun dan Disember tidak akan diproses.



0 comments:

Post a Comment

Album Kenangan