SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKSYEN SRA INTEGRASI NEGERI SELANGOR.......

Wednesday, August 24, 2011

PERJAWATAN GURU DGA 29 (KONTRAK) DI SRAI NEGERI SELANGOR

23 Ogos 2011. Dipelawa kepada pelajar-pelajar lepasan Diploma Perguruan (Pengajian Islam, TESL & TASL) KUIS yang telah tamat pengajian untuk memohon Jawatan Guru DGA29 (kontrak) di SRAI Negeri Selangor.

Pelajar yang telah tamat pengajian dan telah memperoleh keputusan peperiksaan, tetapi belum konvokesyen juga boleh memohon.

Sila "download Borang Permohonan" yang dilampirkan dan hantar ke Bahagian Pendidikan Islam JAIS sebelum atau pada 15 September 2011. Disertakan juga syarat perjawatan DGA29(K) yang lepas untuk tujuan rujukan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.


Download Contoh Syarat Perjawatan DGA29(K) Yg. Lepas>>

Download Borang Permohonan DGA29(K) >>

Tuesday, August 9, 2011

WAKTU BERTUGAS GURU SRAI SESI PETANG DIKURANGKAN SETENGAH JAM PADA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.

5 Ogos 2011, Sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H, Jabatan telah memutuskan untuk memberikan kemudahan kepada guru-guru di SRA. Integrasi (SRAI) seluruh Negeri Selangor yang melaksanakan sesi persekolahan 1 ( 7.30 pagi hingga 4.00 petang).

Untuk tujuan tersebut, Jabatan melalui Seksyen SRAI telah mengeluarkan Surat Pekeliling tentang waktu bertugas guru sesi petang di SRAI pada bulan Ramadhan Al-Mubarak iaitu guru-guru dibenarkan pulang awal pada Jam 4.00 petang. Waktu persekolahan ini hanya tertakluk kepada guru-guru yang bertugas sesi petang sahaja. Guru sesi pagi, Guru Besar dan kakitangan sokongan tidak tertakluk kepada arahan ini. Walau bagaimanapun pihak sekolah hendaklah memastikan semua murid balik terlebih dahulu sebelum guru-guru balik. Perkara ini penting bagi memastikan tidak ada murid yang belum balik setelah semua guru balik awal.

Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah memaklumkan kepada semua guru sekolah masing secara memo dalaman tentang pekeliling tersebut.

Selamat menjalani Ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ibadah kita di bulan yang mulia ini akan diterima oleh Allah SWT.

Sekian untuk makluman.

>>Download Surat Pekeliling.
 

Album Kenangan