Assalamualaikum Wbt...
Permohonan pertukaran sekolah dari Luar SRAI ke SRAI dilakukan setahun 2 kali iaitu pada bulan Jun dan bulan November setiap tahun.Borang hendaklah dicetak dengan warna pic (kuning cair).
Sila sertakan salinan surat beranak murid, salinan kad pengenalan ibu dan bapa, salinan keputusan peperiksaan terakhir yg. telah disahkan dan surat akuan dari sekolah asal.
Borang permohonan yang lengkap diisi akan diproses dalam tempoh 14 hari. Permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan keputusan peperiksaan ; 1. Sekurang-kurangnya murid mendapat keputusan "B" dalam mata pelajaran UPSR dan mendapat 65% dalam mata pelajaran SRA (Agama),2. Ada kekosongan tempat di sekolah yg. dipohon iaitu 36 orang satu kelas. Jika kelas telah mencapai bilangan 36, maka permohonan tidak dapat dipertimbangkan.
Sekian untuk makluman, terima kasih.
Borang pertukaran boleh download di sini atau di sini.
3 comments:
assalamualaikum wbt..
Soalan saya :
Anak saya bersekolah di sek keb dlm darjah 2, sekiranya saya ingin menukarkan anak saya ke SRAI pada tahun hadapan (tahun 3/2013) boleh ke???
anak saya akan bersekolah dalam darjah 5 tahun 2017 akan datang. masih bolehkah untuk saya tukarkan ke sekolah SRAI ini?
assalamualaikum... mcm mana sye nk dapatkan borang pertukaran SRA ke SRAI?? kemasukan 2023.
Post a Comment