SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKSYEN SRA INTEGRASI NEGERI SELANGOR.......

Saturday, January 1, 2011

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

SEJARAH PENUBUHAN
SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI)
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN


SRAI merupakan singkatan Sekolah Rendah Agama Integrasi yang diwujudkan oleh Kerajaan negeri Selangor pada tahun 2000. Sebanyak 10 buah sekolah telah menjadi projek rintis.


LATAR BELAKANG

·         Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju melakukan perubahan ke atas pelaksanaan pendidikan Islam di Sekolah – Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor dengan melaksanakan kurikulum Agama bersepadukan KBSR
·         Ini bermakna Sekolah – Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor akan melaksanakan KBSR sepenuhnya di samping Kurikulum Agama yang sedia ada. Sekolah yang terlibat dinamakan Sekolah Rendah Agama Integrasi ( SRAI )
·         Pengubahsuaian ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti Pendidikan Agama Islam mengikut resolusi Tonggak 10 YAB Menteri Besar Selagor iaitu meningkatkan penghayatan, kefahaman agama Islam dan moral melalui pendidikan bersepadu serta menyeluruh terutama di kalangan generasi muda. Ini bermakna sistem pendidikan agama dan kebangsaan hendaklah diintegrasikan bagi membolehkan semua pelajar Islam di negeri ini memperolehi pendidikan Islam yang mampan dan mantap
·         Kerajaan negeri melalui mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam             (STANCO) dan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Agama Islam Selangor telah bersetuju melaksanakan SRAI sebagai satu tindak lanjut kepada resolusi Tonggak 10 YAB. Menteri Besar Selangor
·         Keperluan masyarakat terhadap pendidikan Islam yang lebih mantap dan menyeluruh semakin meningkat. Sistem yang ada sekarang tidak mampu menerima ars perubahan yang besar ini 
OBJEKTIF

·         Mewujudkan persekolahan satu sesi di sebuah sekolah sahaja, ini akan membolehkan kualiti keselamatan dapat dipertingkatkan
·         Mempertimbangkan asuhan agama yang lebih menekankan amalan dapat dilaksanakan, ini memenuhi hasrat ibu bapa dan masyarakat yang berkehendakkan anak –anak mereka mendapat pendidikan Islam yang lebih mantap
·         Untuk meningkatkan mutu pendidikan melalui Kurikulum Bersepadu dan seimbang menepati tuntutan Falsafah Pendidikan Islam JAIS.
·         Menyediakan asas pembinaan diri manusia yang mantap dan berkualiti samada dari aspek ilmu – ilmu Fardhu Ain atau Fardhu Kifayah
·         Mempertingkatkan dan memperkembangkan lagi sistem persekolahan agama di Negeri Selangor di samping mempastikan agar kelangsungan sistem persekolahan agama di negeri Selangor tidak tergugat
MATLAMAT 
.        Memberi pendidikan asas kurikulum JAIS dan akademik ( KBSR ) kepada semua kanak –
     kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan 
     berakhlak mulia, kukuh dengan nilai – nilai Islam bagi mencapai muslim yang bertakwa serta
     mendapat keredhaan Allah

.         Menyediakan sistem persekolahan agama negeri Selangor yang lebih teratur bermula daripada peringkat rendah bagi membolehkan murid-muridnya meneruskan pembelajaran di peringkat menengah dan seterusnya ke Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri

·         Jabatan Agama Islam Selangor mengambil daya usaha awal merealisasikan pelaksanaan sekolah satu sesi
·         Dengan menempatkan pelajar – pelajar di sebuah sekolah sahaja, akan dapat meningkatkan kualiti kawalan dan keselamatan pelajar – pelajar berkenaan
    

RASIONAL
·         Bagi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mempunyai matlamat untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menunjukkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

·         Untuk melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu, Falsafah Pendidikan JAIS telah menggariskan wawasan yang sangat jelas menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang di sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan muslim sejati yang mampu menegakkan syariat Allah di muka bumi ini 
·         Kesepaduan falsafah matlamat pendidikan bertujuan untuk melahirkan insan yang mampu menghayati dan mengamalkan  ciri – ciri berikut : -
            * Percaya dan patuh kepada Allah
            * Berilmu pengetahuan dan berketerampilan
            * Berperibadi luhur, teguh pegangan dan  amalan akidah syariah, akhlak dan ilmu                                     akademik
            * Bertanggungjawab kepada diri, keluarga,masyarakat, agama, bangsa dan negara

0 comments:

Post a Comment

Album Kenangan