Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan satu tarikh keramat yang sentiasa diingati oleh semua Warga Pendidik di seluruh tanah air. Ucapan "Selamat Hari Guru" dan "Terima Kasih Cikgu" merupakan ucapan yang amat bermakna dan penuh erti buat semua insan yang bergelar Pendidik. Walaupun mereka tidak pernah meminta untuk diberikan penghargaan, namun atas semangat dan pengorbanan jitu yang para guru curahkan amat bermakna buat semua murid, pelajar, siswa, siswi dan semua yang dambakan keberkatan ilmu dari seorang yang bergelar Cikgu.
Benarlah ungkapan Sasterawan Negara Usman Awang; Jika hari ini seorang Perdana Menteri, jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, jika hari ini seorang peguam menang bicara, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Dengan lemah lembut dan sabarnya mengajar tulis baca...


Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sambil diperhatikan oleh Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin dan Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali.
Sementara itu guru-guru SRAI yang cemerlang mengikut kategori masing-masing juga diraikan dalam majlis tersebut. Antara guru SRAI yang menerima anugerah ialah Us. Razali bin Amat Sehab (Guru Besar SRA/SRAI Cemerlang), Abdul Mutalib bin Md. Yusoff (SRAISC), Muhamad Hanif bin Jamian (SRAISM), Shahrul Nizam bin Wasiman (SRAIS19), Mohd Asmawi bin Basar (SRAIMPB), Siti Harliza binti Pono (SRAITK), Aslindawati binti Saian (SRAIST), Umi Kalsom binti Majid (SRAIBBB) dan Mudtahidah binti Mohd SAruwi (SRAIBBKS) bagi kategori guru DGA29 SRA/SRAI cemerlang. Manakala bagi kategori guru kontrak cemerlang dianugerahkan kepada Mazenah binti Ismail (SRAISC).
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru SRAI yang menerima anugerah sempena hari guru pada tahun ini. Semoga ianya memberikan semangat dan perangsang untuk semua guru SRAI agar terus berusaha meningkatkan diri agar SRAI terus cemerlang dan terus cemerlang. Insyaallah. Selamat Hari Guru, Selamat Hari Cikgu, Selamat Hari Ustaz, Selamat Hari Ustazah.
0 comments:
Post a Comment