SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKSYEN SRA INTEGRASI NEGERI SELANGOR.......

Saturday, October 9, 2010

SRAI SEMPENA NAMA MUFTI PERTAMA

SRAI sempena nama mufti pertama
Ismail Hashim


SHAH ALAM, 5 Ogos: Kerajaan Negeri Selangor hari ini memaktubkan nama mufti pertama negeri ini, Datuk Seri Utama Diraja Datuk Yusof Shahabuddin sebagai nama rasmi bagi Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 7 dekat sini.

Perasmian SRAI Syeikh Yusof Shahabuddin pagi tadi telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan menyampaikan titah.

Turut hadir adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Exco Kerajaan negeri, wakil rakyat, guru-guru besar, guru-guru dan wakil pelajar dari banyak sekolah berkaitan.

Sekolah berkenaan mula digunakan sejak Ogos tahun lalu dengan ratusan pelajar belajar di darjah satu hingga lima dan mulai tahun ini mempunyai pelajar darjah enam 'sulung'.

Dalam titah, baginda menzahir rasa penghargaan dan menyatakan Syeikh Yusof telah menaburkan jasa bakti yang sangat besar kepada negeri dan rakyat Selangor khasnya sejak daripada zaman nenda baginda lagi.

"Syeikh Yusof telah menggunakan ilmu agama yang dimilikinya dengan turun ke kampung-kampung untuk mengajar semua golongan dan lapisan rakyat," titah baginda.

Sebelum itu, baginda telah menekankan peri pentingnya menanam sikap positif dalam kalangan pelajar tentang keperluan mereka menghormati guru sebagai salah satu cara utama mendapat keberkatan di dalam menuntut ilmu dan berupaya mengaplikasikannya untuk kehidupan semasa.

Untuk rekod, Syeikh Yusof dilahirkan pada 1883 di Kampung Teluk Menegun, Klang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Menegun dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pada 1911 hingga 1917, beliau melanjutkan pelajaran ke Makkah. Setelah sekian lama menabur ilmu ke seluruh pelosok negeri, beliau telah dilantik sebagai Mufti Negeri Selangor pada 1953 hingga 1968.

Setelah 15 tahun berperanan sebagai mufti, beliau bersara dan bersama keluarga kembali berangkat untuk menetap di Makkah dan meninggal di tanah suci pada 1973.

Sempena perasmian sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu, satu pameran dari semua peringkat pusat pendidikan yang terletak di bawah jabatan itu turut diadakan di dalam beberapa kelas di bangunan sekolah itu.

Baginda tertarik dengan kebijaksanaan, kepetahan serta kefasihan pelajar prasekolah yang turut memperdengarkan bacaan Al-Quran termasuk pelajar Maahad Integrasi Sains dan Teknologi yang turut serta sebelum baginda dibawa melawat kelas komputer dan perpustakaan sekolah berkenan.

1 comments:

KISAH SUKSES
Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda, saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

Post a Comment

Album Kenangan