SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKSYEN SRA INTEGRASI NEGERI SELANGOR.......

Monday, November 15, 2010

SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN SRAI NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum Wrh, Wbt.

Dimaklumkan kepada semua Guru Besar SRAI bahawa Sijil Tamat Persekolahan SRAI telah dibuat oleh pihak BPI JAIS. Walaubagaimanapun, memandangkan masa yang agak singkat utk. menyiapkan Sijil tersebut, maka ianya tidak dapat disiapkan mengikut waktu yg. sepatutnya.

Sehubungan dengan itu, sekolah yg. ingin mengeluarkan Sijil tersebut boleh menggunakan Format Sijil Tamat Persekolahan yang disertakan untuk edaran kepada murid Tahun 6 lepasan SRAI.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

Penyelia SRAI

Download Sijil di sini atau di sini.

BENGKEL PEMURNIAN BLUE PRINT SRAI 2010

Assalamualaikum Wrh, Wbt.

Bengkel Pemurnian Blue Print SRAI akan diadakan seperti berikut ;

      Tarikh         :     23 - 25 November 2010
      Hari            :     Selasa hinga Khamis
      Pendaftaran :     2.00 petang
      Tempat       :      Hotel Brisdale, Kuala Lumpur.

Semua Guru Besar, PK1, PK HEM dan PK Koko yang dijemput diharap dapat hadir bengkel tersebut. Surat jemputan telah difaks ke sekolah masing-masing.

Sekian harap maklum, terima kasih.

Penyelia SRAI

TEMUDUGA GURU DGA29 (KONTRAK)

Assalamualaikum Wrh, Wbt.

Dimaklumkan kepada semua guru SRAI yang memohon perjawatan guru DGA29 (kontrak), Insyaallah sesi temuduga untuk perjawatan tersebut akan diadakan di Unit Pengurusan Sumber Manusia (PSM) JAIS dan BPI JAIS pada 23 November 2010 bermula Jam 8.00 pagi.

Calon yang terlibat dalam temuduga tersebut, pada peringkat pertama ini adalah terdiri dari kalangan pemohon yang mempunyai Diploma Perguruan. Calon yang layak untuk temuduga peringkat pertama ini berjumlah 48 orang. Manakala calon yang mempunyai Diploma selain dari Diploma Perguruan akan dipanggil untuk temuduga peringkat yang kedua, iaitu setelah permohonan untuk kelonggaran syarat dari BPO, JPA diluluskan.

Untuk makluman juga, pemohon-pemohon yang terdiri dari kalangan yang mempunyai Ijazah sahaja, tanpa ada Diploma adalah tidak dapat dipertimbangkan.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

Penyelia SRAI

TAHNIAH ATAS KECEMERLANGAN SRAI DALAM PEPERIKSAAN UPSR DAN PSRA 2010

Assalamualaikum Wrh, Wbt. Diucapkan Syabas dan Tahniah kepada semua sekoalah SRAI Negeri Selangor atas kejayaan yang cemerlang dalam UPSR dan PSRA. Bagi sekolah yang meningkat dalam keputusan 5A UPSR dan Mumtaz PSRA, diharap dapat mengekalkan kecemerlangan dan meningkatkan kecemerlangan pada tahun depan. Kejayaan dan kecemerlangan SRAI adalah kejayaan Jabatan juga. Semoga kejayaan akan terus menjadi milik Kita bersama. Insyaallah.

Bersama ini disertakan "Borang Analisa UPSR dan PSRA" untuk tuan/ puan lengkapkan dan hantar semula kepada penyeliasrai@gmail.com

Sekian untuk makluman, terima kasih.   

Penyelia SRAI

Download borang di sini atau di sini.

Saturday, November 6, 2010

Senarai Alamat E-mail SRAI Selangor

Assalamualaikum Wbt...

Pohon kerjasama dari semua sekolah agar menggunakan Email yang di sertakan untuk urusan penghantaran dokumen ke Seksyen SRAI secara atas talian (online). Untuk makluman semua sekolah agar dapat menghantar Riten Bulanan secara atas talian ke penyeliasrai@gmail.com setiap bulan selain dari yang dihantar ke UPI, PAID masing-masing bagi memudahkan pihak Penyelia SRAI menerima Riten tersebut dgn. cepat.

Jika Anda terlupa usernama dan katalaluan Email yg.diberi, sila sms kpd Penyelia SRAI; Contoh : username sraism utk. pertanyaan username SRAI Sg. Manggis, atau password sraism utk. pertanyaan password dan hantar ke 0105246094.

Kerjasama Semua sekolah diucapkan Terima Kasih.

Download Alamat E-mail SRAI Selangor di sini atau di sini.

Borang Pertukaran Sekolah SRAI ke SRAI

Assalamualaikum Wbt... Permohonan pertukaran sekolah dari Luar SRAI ke SRAI dilakukan setahun 2 kali iaitu pada bulan Jun dan bulan November setiap tahun.Borang hendaklah dicetak dengan warna pink. 

Sila sertakan salinan surat beranak murid dan salinan keputusan peperiksaan terakhir yg. telah disahkan dan surat akuan dari sekolah asal.

Borang permohonan yang lengkap diisi akan diproses dalam tempoh 14 hari. Permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan seperti keluarga berpindah dan sebab yang difikirkan sesuai.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

Borang pertukaran boleh download di sini atau di sini.

Borang Pertukaran Sekolah Luar ke SRAI

Assalamualaikum Wbt...

Permohonan pertukaran sekolah dari Luar SRAI ke SRAI dilakukan setahun 2 kali iaitu pada bulan Jun dan bulan November setiap tahun.Borang hendaklah dicetak dengan warna pic (kuning cair).

Sila sertakan salinan surat beranak murid, salinan kad pengenalan ibu dan bapa, salinan keputusan peperiksaan terakhir yg. telah disahkan dan surat akuan dari sekolah asal.

Borang permohonan yang lengkap diisi akan diproses dalam tempoh 14 hari. Permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan keputusan peperiksaan ; 1. Sekurang-kurangnya murid mendapat keputusan "B" dalam mata pelajaran UPSR dan mendapat 65% dalam mata pelajaran SRA (Agama),2. Ada kekosongan tempat di sekolah yg. dipohon iaitu 36 orang satu kelas. Jika kelas telah mencapai bilangan 36, maka permohonan tidak dapat dipertimbangkan.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

Borang pertukaran boleh download di sini atau di sini.

Senarai

SENARAI SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) NEGERI SELANGOR

SRA INTEGRASI SEKSYEN 19, SHAH ALAM,
JALAN GELORA 19/46,
40300 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL ; 03 - 5542 4950

GURU BESAR : EN. SULAIMAN BIN DAHLAN PJK



SRA INTEGRASI BANDAR BARU BANGI,
LOT 4 JALAN 60/6, BANDAR BARU BANGI,
43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL ; 03 - 825 4714

GURU BESAR : EN. RAZALI BIN AMAT SEHAB


SRA INTEGRASI TAMAN KERAMAT,
JALAN AU 2A,
54200 GOMBAK,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL ; 03 - 4573 911

GURU BESAR :   HJ. AZAMMUDDIN BIN ZAINUDDIN

SRA INTEGRASI SUNGAI MANGGIS,
42700 BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL ; 03 - 3181 3122

GURU BESAR :   PUAN SALIZAH BINTI MASHURI

       

SRA INTEGRASI TENGKU AMPUAN FATIMAH BATU BELAH,
JALAN SENTOSA 64, KAWASAN 19, BATU BELAH,
41050 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL ; 03 - 3341 0816 FAKS ; 03 - 3341 0810

GURU BESAR : EN. HUSAINI BIN SELAMAT


SRA INTEGRASI PEKAN BERANANG,
43700 BERANANG, HULU LANGAT,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL ; 03 - 8766 8048


GURU BESAR :   ENCIK AZMAN BIN MOHD LANA


 SRA INTEGRASI SALAK TINGGI,
43900 SEPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL ; 03 - 8706 3979

GURU BESAR :   PUAN UMI KALTHOM BINTI MOHD IDRIS


SRA INTEGRASI SUNGAI CHINCHIN,
BATU 7 JALAN GOMBAK,
53100 GOMBAK,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL ; 03 - 6875 464

GURU BESAR :   ENCIK MISRI BIN KABOT





SRA INTEGRASI BANDAR BARU KUALA SELANGOR,
40500 KUALA SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL ; 03 - 8893 739

GURU BESAR :   PUAN HABSAH BINTI RAMLI


SRA INTEGRASI MUHAMMADIAH, PEKAN SABAK,
45200 SABAK BERNAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL ; 03 - 3216 5254

GURU BESAR  :   ENCIK ZAKIUDDIN BIN AHMAD



SRA INTEGRASI DATO' MUFTI YUSOFF SAHABUDDIN,
JALAN PLUMBUM 7/99, SEKSYEN 7,
40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL ; 03 - 55180799

GURU BESAR  :   PUAN HJH. RUSNAH BINTI JAMALI

Album Kenangan